Sunday, August 10, 2008

DCL - Bidadari


For those yg ade masalah2 perempuan like white discharge, senggugut, selalu letih and so on tapi tak suke atau malas nak makan jamu/makjun jenis telan biji2 nih, bule ler terai Bidadari. Its in liquid, rase pun xder le pahit or payau, manis gitu sbb ade madu. However, I must point out here, if problem white discharge serious (gatal2 with odour) please consult doctor dulu la, to rule out any infection.

BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari yang kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri)

Keistimewaan Bidadari :-
* Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
* Membantu mengatasi masalah senggugut.
* Membina rahim.
* Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
* Menyegarkan otot faraj.
* Menyempitkan faraj.
* Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
* Menambah kolegen dalam badan.
* Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
* Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
* Melegakan panas badan.
* Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
* Membekalkan tenaga segera.
* Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan.
* Sangat baik untuk wanita lepas bersalin samada secara normal atau pembedahan

Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.

Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.

Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.

Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.

Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.

Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.

Serai
Kandungan Citral di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.

Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.

Asam Jawa
Kandungan Flavonoid di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...